Assalamualaikum.
Berada disisi kawan karib perempuan kadangkala meletakkan kita dalam keadaan susah. Bukan bermaksud menyusahkan tapi memang nyata susah. Mungkin pendekatan yang kurang efektif, tak seperti bila seorang kawan lelaki yang berada di tempat kita tadi.
Ada satu hari semasa berborak dengan kawan tentang nasihat siapa yang lebih bagus, lelaki atau perempuan? Saya jawab lelaki. Tidaklah menyatakan pendapat perempuan takboleh dipakai. Tapi selalunya cara mereka mengendali masalah tampak lebih mudah dari kita, hawa. Adam akan selalu berterus-terang jujur tentang pendapat mereka. Kita pula perlu bersusah berlapik, biarpun sebenarnya si pendengar lebih selesa jika kita bercakap lepas. Tapi hati mana yang sanggup nak mengguris, nak nak pula kawan sendiri. Kalau bermasam muka, dah pula jadi satu cerita lain. Payah!
Kadang-kadang bila ada yang bertanya pendapat, anggukan lebih senang diberi sebagai jawapan. Paling rajin pun sekadar hmm. Bukan langsung tak memikirkan, tapi bila menyuarakan apa yang ada dalam hati, takut disalah anggap. Takut juga kalau diturut bulat-bulat. Bila keadaan bertukar buruk, kita pula yang disalahkan. Tapi bila tak bersuara, kita juga yang resah merisaukan dia. Sekali lagi, payah!
Kita semua dah dewasa, mumayyiz dan harapnya matang. Matang dari segi rupa, usia, dan fikiran. Tapi takperlulah rasanya terlebih matang. Sebab terkadang Cuma kita yang percaya bahawa kita ini sudah besar, hakikatnya pada mata orang lain, kita hanya memperbodohkan diri sendiri.


0 buih-buih comel.:
Post a Comment